Thursday, November 16, 2006

Suggestions to the Airline Operators

In-flight Safety Briefing

I think most of us never really pay attention during the in-flight safety briefing. I know I do only on several occasions. I only pay attention when the person doing the procedure really caught my eyes or when I don’t have anything to read at that moment. Let me qualify myself first before I go on writing this post. This is not a complain neither it is to degrade any corporations in the airline industry. This is just for fun. It will be in Malay because I think it will be better.

Airline 1

Anak kapal kami akan menerangkan aturcara keselamatan dalam pesawat. Sila tumpukan perhatian kerana aturcara keselamatan didalam pesawat ini mungkin berbeza dari pesawat lain.

Ini tali pinggang keledar anda. Untuk memasangnya sila masukkan hujung tali pinggang kedalam kepala tali keledar. Tarik hujung tali keledar untuk mengetatkannya. Untuk membukanya, sila lepaskan pelekat logam pada tali keledar anda.

Jika tekanan di dalam pesawat rendah, corong-corong oksigen seperti ini akan terkeluar dari unit di atas anda. Tarik corong dengan segera dan pakai corong di hidung dan mulut anda dan bernafas secara normal. Anda mesti memakai corong terlebih dahulu sebelum membantu mereka yang di bawah jagaan anda.

Jaket keselamatan anda ada di bawah tempat duduk anda. Untuk menggunakannya, sarungkan di kepala seperti ini. Sambungkan klip ini dan tarik pita ini hingga ketat. Sebelum meninggalkan pesawat tarik gelembungkan separuh jaket keselamatan dengan menyentap penarik sebelah kiri sahaja. Selepas meninggalkan pesawat, gelembungkan sepenuhnya jaket keselamatan dengan menyentap penarik sebelah kanan. Jika perlu tiup dua corong ini untuk menambah angin. Sentap penarik ini untuk menyalakan lampu di sebelah malam dan tiup wisel ini untuk menarik perhatian.

Pintu-pintu kecemasan dan gelungsur keluar terdapat di kedua-dua belah pesawat ini. Sila ambil perhatian tingkap dan pintu-pintu kecemasan berdekatan dengan anda. Jika anda dikehendaki keluar semasa kecemasan, tinggalkan segala barangan anda dan pergi ke pintu kecemasan yang berdekatan dengan anda. Ikut arahan anak-anak kapal untuk keluar dengan cepat dan selamat. Risalah keselamatan ada terdapat di saku tempat duduk di hadapan anda. Sila baca dengan teliti.

There it goes. However, in the recent years, due to SARS, terrorism and the increase of the oil prices, the airline industry has suffered a major blow. Some of them even lay-ed off some of the employees to cut costs. But this is my suggestion. During the flight itself, the airline can charge the passengers by doing this and may be the low cost carrier can adopt this to maximize its profits. Sure for the next financial quarter you’ll report a huge profit..

My airline.

Anak kapal kami akan menerangkan aturcara keselamatan dalam pesawat. Sila tumpukan perhatian kerana aturcara keselamatan didalam pesawat ini mungkin berbeza dari pesawat lain.

Ini tali pinggang keledar anda. Untuk memasangnya masukkan syiling 50 sen di dalam slot di kepala tali pinggang anda dan kemudian sila masukkan hujung tali pinggang kedalam kepala tali keledar. Masukkan 50 sen lagi untuk mengetatkan tali pinggang keledar anda dan tarik hujung tali keledar untuk mengetatkannya. Untuk membukanya, sila lepaskan pelekat logam pada tali keledar anda. Polisi penerbangan ini mengehendaki kesemua penumpang memakai tali pinggang keledar semasa di dalam pesawat ini.

Jika tekanan di dalam pesawat rendah, corong-corong oksigen ada terjual di belakang pesawat ini pada harga RM3.00 setiap satu. Beli corong dengan segera dan pakai corong di hidung dan mulut anda dan bernafas secara normal. Ambil perhatian, anda akan di caj 50 sen bagi setiap pernafasan yang anda ambil. Anda mesti membeli corong terlebih dahulu sebelum membeli untuk mereka yang di bawah jagaan anda. Cepat sebelum kehabisan stok.

Jaket keselamatan anda ada di bawah tempat duduk anda. Untuk menggunakannya, sila masukkan sepuluh keeping syiling 50 sen kedalam slot di tepi tempat duduk anda. Pakai dengan menyarungkan jaket keselamatan di kepala seperti ini. Sambungkan klip ini dan tarik pita ini hingga ketat. Sebelum meninggalkan pesawat tarik gelembungkan separuh jaket keselamatan dengan menyentap penarik sebelah kiri sahaja. Selepas meninggalkan pesawat, gelembungkan sepenuhnya jaket keselamatan dengan menyentap penarik sebelah kanan. Jika perlu tiup dua corong ini untuk menambah angin. Lampu dan wisel ada di jual secara berasingan sebagai aksesori. Sila hubungi anak kapal kami untuk membeli aksesori-aksesori tersebut. Pasangkan lampu di jaket keselamatan anda dan sentap penarik seperti ini untuk menyalakan lampu di sebelah malam dan tiup wisel yang ada beli untuk menarik perhatian.

Pintu-pintu kecemasan dan gelungsur keluar terdapat di kedua-dua belah pesawat ini. Sila ambil perhatian tingkap dan pintu-pintu kecemasan berdekatan dengan anda. Jika anda dikehendaki keluar semasa kecemasan, tinggalkan segala barangan anda dan pergi ke pintu kecemasan yang berdekatan dengan anda. Sila ambil perhatian bahawa kami akan menjual kesemua barangan anda di kedai-kedai bundle tanpa perlu membayar gantirugi dalam apa bentuk pun kepada anda. Ikut arahan anak-anak kapal untuk keluar dengan cepat dan selamat. Risalah keselamatan akan di jual kepada anda dengan harga RM5.00 setiap satu. Sila ambil perhatian bahawa anda diwajibkan untuk membeli risalah keselamatan dari kami dan sila baca dengan teliti.

Selain dari itu, anak-anak kapal kami akan menjaja nasi lemak dan kuih bagi penumpang-penumpang yang lapar. Sila cuba the tarik istimewa kami pada harga RM3.00 setiap gelas. Sila tanya promosi semasa untuk mendapatkan harga semasa.

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home