Tuesday, May 10, 2005

The day it was...

Dengan izin Yang Arif,

Saya Hendon Mohamed mewakili pempetisyen, rakan-rakan yang bijaksana saya dari Majlis Peguam, Jawatankuasa Peguam Kuala Lumpur dan dari Pejabat Peguam Negara sepertimana yang diperkenalkan sebelum ini.

Yang Arif,

Pempetisyen, [my name la] dilahirkan pada tanggal [I am 29 this year so do some math la] kepada pasangan [my father’s name] dan [my mother’s name]. Beliau memulakan pendidikan awal beliau di Sekolah Kebangsaan Sungai Pancing Selatan, Kuantan Pahang. Selepas tamat persekolahan rendah beliau melanjutkan pelajaran di Sekolah Menengah Agama Raudhatul Ulum Alor Setar Kedah.

Setelah memperolehi Pangkat 1 di dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia, beliau telah melanjutkan pelajaran beliau di Universiti Islam Antarabangsa di dalam Jurusan Undang-undang. Di atas usaha beliau dan dorongan dari kedua ibu bapa pempetisyen, pempetisyen telah berjaya memperolehi ijazah Sarjana Muda Undang-undang dengan kepujian dari Universiti Islam Antarabangsa.

Dengan ijazah tersebut, pempetisyen telah memulakan latihan dalam kamar rakan bijaksana saya Datuk N. Chandran di Tetuan Albar & Partners dan pempetisyen telah di beri pendedahan yang wajar di dalam bidang guaman. Segala tunjuk ajar dari pengajar pempetisyen di dahulukan dengan ucapan terima kasih.

Pempetisyen juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan terima kepada kedua ibu bapa beliau di atas dorongan, kepercayaan dan juga sokongan yang telah diberikan selama ini. Tidak lupa juga kepada semua rakan-rakan dan sahabat yang telah banyak menolong pempetisyen.

Yang Arif,

Pempetisyen adalah seorang yang berkelayakan di bawah Akta Profesyen Undang-undang. Saya percaya suratcara pempetisyen berada di dalam keadaan teratur dan saya percaya rakan-rakan bijaksana saya dari Majlis Peguam, Jawatankuasa Peguam Kuala Lumpur dan Pejabat Peguam Negara tidak mempunyai sebarang bantahan. Oleh yang demikian saya dengan rasa rendah diri memohan agar pempetisyen di daftaraikan sebagai seorang Peguambela dan Peguamcara Mahkamah yang mulia ini.

On this day some year’s back I was officially made an advocate & solicitor. That was the excerpt for my long call speech. On that day I was robed and officially become an Advocate & Solicitor in the High Court of Malaya (so, I can only advice you on matter in the states of Malaya only). How did I feel after that? Well, the thought of going to work was not enticing at all. No more playing around and I have to grow up and be an adult (people will not trust kids lawyers).

One thing I remember about that day though. The judge, Justice Faiza Tamby Chik says, “A lawyer must not tell a lie. If he lied once, he will have to create thousand lies to cover the one he did at the beginning”.

It has been couple of years now and I think I will survive in this profession. Most of my friends have either already join the public service or do something else. Not to mention those who already have their own legal firm and be made a partner in a firm. I am here still (even I have changed firm twice already) and hoping that one day I too, will achieve something from this profession.

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home